Keburukan Vape Terhadap Kesihatan
Kandungan dan Kesan Nikotin Terhadap Kesihatan Nikotin Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain daripada itu nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009). Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg