Apakah itu Dadah? Dadah atau “drug” adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Banyak hal yang berkaitan dengan dadah sentiasa menjadi bahan dalam berita. Apabila mendengar saja perkataan dadah, kita akan terus memikirkan jenis-jenis dadah seperti ganja dan heroin. Tetapi, sebenarnya terdapat beribu-ribu jenis dadah di seluruh dunia ini yang digunakan oleh lebih kurang 200 juta manusia untuk pelbagai tujuan. Dadah dan Anda! Menurut Kamus Dewan Melayu – Inggeris, makna perkataan “Drug” bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada “drug”, perkataan “use”, “misuse” atau “abuse” perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan “drug”. Contohnya “drug abuse” atau “misuse of drug” yang membawa maksud penyalahgunaan dadah. Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan ...
Kandungan dan Kesan Nikotin Terhadap Kesihatan Nikotin Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain daripada itu nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009). Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga...
Blog ePortal PPDa SMKCK ini memberi maklumat mengenai aktiviti PPDa yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebanggsaan Convent Klang dan sekolah di daerah klang. Blog ini juga memberi maklumat mengenai bahayanya Dadah.Alkohol.Rokok.Vape.Inhalan.HIV dan AIDS. (D.A.R.V.I.H). Blog juga diharap dapat membantu para remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah yang boleh merosakkan anak bangsa di negara ini. Akhir kata, warga SMKCK berharap anak muda pada masa kini dapat menjauhkan diri daripada najis dadah.
Ulasan
Catat Ulasan