Akibat Dadah: Bukan Hanya Kepada Penagih
Akibat
Ke Atas Penagih
Akibat yang jelas ialah dari segi tingkahlaku
diri penagih itu sendiri.Si penagih akan menjauhkan
diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih-penagih.
Mereka tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.Dari segi
fizikal, penagih menjadi kurus , lemah tenaga ,malas dan
kelihatan berada dalam khayalan, penagih boleh kehilangan tenaga seks, pitam, pengsan,
berperasaan ganas, rasa ketagihan yang berlebihan, sakit perut dan berkemungkinan
mati kerana mengambil dadah yang berlebihan .Daya tahan badan penagih
akan menjadi lemah dan ia mudah dijangkiti pelbagai penyakit seperti kancing
gigi, mandul dan sebagainya.
Akibat
Ke Atas Keluarga Penagih
Maruah dan nama baik keluarga penagih akan
tercemar di kalangan masyarakat . Diri
penagih boleh menjadi beban kepada keluarga kerana terpaksa menghabiskan masa,tenaga
dan wang yang banyak untuk merawatnya. Harapan ibu bapa ke atas anak
yang telah terlibat dengan dadah telah musnah. Rumah tangga akan menjadi porak
peranda. Perpisahandanpeceraian antara ahli keluarga mungkin berlaku.
Akibat
Ke Atas Masyarakat
Suasana hidup dalam masyarakat tidak lagi
tenteram kerana terdapatnya kejadian mencuri, merompakdan lain-lain yang
dilakuakn oleh penagih –penagih yang memerlukan wang untuk membeli dadah.
Didapati 40% daripada banduan penjara adalah
penagih dadah. Keadaan seperti ini sudah tentu menggangu keamanan ,ketenteraman,
ketertiban peraturan dan undang-undang negara .Perpaduan ,pembangunan
dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan anak muda dengan
dadah.Persengketaan dan perselisihan faham antara sebuah keluarga dengan
keluarga yang lain boleh terjadi akibat penglibatan anak-anak dengan
dadah.
Akibat
Ke Atas Negara
Negara dan masyarakat terpaksa menanggung kos
yang tinggi akibat daripada masalah dadah
yang melanda negara ini. Kos yang tinggi ditanggung oleh negara atau
masyarakat,dari segi kos nyata(tangible)dan kos tidak nyata(intangible).Kos
nyata termasuklah:-
a) Kehilangan/kerugian pengurangan daya pengeluaran ekonomi
b) Kos bagi menyediakan kemudahan-kemudahan rawatan dan pemulihan penagih
dadah
dadah
c) Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan
d) Kos kerana kerugian akibat daripada aktiviti-aktiviti jenayah yang berkaitan
dan
e) Kos bagi meneruskan kegiatan penguatkuasan seperti menambahkan bilangan
anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
anggota polis, kakitangan jabatan penjara , makamah, hospital dan sebagainya .
Golongan masyarakat yang terbesar terlibat
dengan masalah dadah ialah kaum belia yang menjadi tulang
belakang pembangunan negara dan bakal pemimpin. Perangkaan yang lalu membuktikan
bahawa dari jumlah penagih
yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumurdiantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.
yang dikesan , kira-kira 65% adalah terdiri daripada kaum belia yang berumurdiantara 20-29 tahun . Ini jelas menunjukkan bahawa golongan yang menghadapi risiko yang tinggi ialah kaum belia yang menjadi harapan nusa dan bangsa.
Ulasan
Catat Ulasan