Catatan

Tunjukkan catatan dari 2016

Keburukan Vape Terhadap Kesihatan

Kandungan dan Kesan Nikotin Terhadap Kesihatan  Nikotin Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain daripada itu nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009). Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg

Keburukan Vape

Keburukan Vape atau Rokok Elektronik :- 1- Pelaburan awal yang seseorang perlu untuk membuat satu kit rokok elektronik ini cukup tinggi. 2- Rokok Elektronik masih tidak diluluskan oleh FDA ( Pentadbiran makanan dan dadah) 3- Rokok Elektronik adalah diharamkan di banyak negara. Beberapa negara tersebut adalah Thailand, Singapura,  Finland  dan Jordan.

Aktiviti 2016 : Lawatan Penanda Aras di Sekolah Kota Kemuning

Imej
Lawatan Penanda Aras di Sekolah Kota Kemuning Para guru dari SMK Convent Klang telah menghadiri lawatan penanda aras di Sekolah Kota Kemuning. Kawasan Sekolah Kota Kemuning telah digantung dengan sepanduk yang mempamerkan tentang kata-kata nasihat mengenai D.A.R.V.I.H. Terdapat nasihat mengenai D.A.R.V.I.H. yang diletakkan di dinding sekolah. Terdapat nasihat mengenai D.A.R.V.I.H. yang diletakkan di tangga sekolah. Terdapat nasihat mengenai D.A.R.V.I.H. yang diletakkan di  kawasan sekolah. Terdapat maklumat tentang bahayanya rokok yang diletakkan di  kawasan sekolah.

Aktiviti 2016 : Lawatan Penanda Aras di SMK Perempuan Kapar

Imej
Lawatan Penanda Aras di SMK Perempuan Kapar Guru mendengar cadangan bagi memperbaiki laluan PPDa sekolah.  Guru menangkap gambar bersama guru daripada SMK Perempuan Kapar. Sudut informasi PPDa yang dipamerkan di bilik PPDa. Maklumat mengenai ahli jawatankuasa yang dipamerkan di bilik PPDa. Buku skrap SLAD yang dipamerkan di Bilik PPDa. Pameran yang dipamerkan di bilik PPDa. Guru-guru  dari SMK Convent Klang  menandatangani banner PPDa di SMK Perempuan Kapar.

Aktiviti 2016 : Para Pentadbir dan Guru Sekolah menunjukkan Visi dan Misi PPDa

Imej
Para Pentadbir dan Guru Sekolah menunjukkan Visi dan Misi PPDa

Aktiviti 2016 : Kem PPDa 2016

Imej
Kem PPDa 2016 Ketua bagi setiap kumpulan menunjukkan kertas yang mengandungi perkataan dan tanda isyarat mengenai larangan vape, merokok. Guru-guru SMK Convent Klang menunjukkan kertas yang mengatakan bahawa SMK Convent Klang (SMKCK) bebas D.A.R.V.I.H. Murid-murid menunjukkan menunjukkan kertas yang mengatakan bahawa SMK Convent Klang (SMKCK) bebas D.A.R.V.I.H.

Apa Itu VAPE ?

Imej
Definisi Rokok Elektronik dan Vape ? Kementerian Kesihatan mendefinisikan peranti elektronik yang mengandungi nikotin adalah dirujuk sebagai 'rokok elektronik' (eCig), sementara yang tidak mengandungi nikotin, adalah dirujuk sebagai Vape. Komponen utama Rokok Elektronik dan Vape adalah  Bateri Atomiser Katrij Vape atau dikenali sebagai Vapor merupakan Rokok Elektrik yang merupakan satu kaedah untuk produk tembakau, seperti rokok. Rokok Elektrik yang menggunakan tenaga bateri ini, menggunakan dos nikotin tertentu yang memberikan pengguna pengalaman sama seperti menghisap rokok konvensional. Vape memberikan rasa yang sama seperti anda menghisap rokok, dimana asapnya sama seperti asap tembakau yang dihisap. Vape biasanya mempunya tabung yang menyimpan e-liquid jus yang mempunyai pelbagai jenis rasa dan perisa. Kandungan utama Rokok Elektronik*  Nikotin Propylene Glycol Vegetable Glycerin Bahan Perisa dan pewarna Propylene Glycol Vegetable Gly