LATAR BELAKANG


PENDAHULUAN


Pada 28 Februari 1983, Jawatankuasa Kabinet Antidadah telah mengisytiharkan "Dadah Musuh Utama Negara". Dalam hal ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah diberi tanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa) di sekolah. Sasaran utama program ialah kepada murid, guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.



Program Pendidikan Pencegahan Dadah di sekolah di laksanakan secara bersepadu melalui empat strategi utama iaitu Pengurusan dan Kepimpinan, Kurikulum, Kokurikulum dan Pembentukan Sahsiah.


RASIONAL


Masalah penggunaan dadah yang berleluasa hari ini bukan sahaja melibatkan orang dewasa tetapi menular kepada golongan remaja. Kejadian ini menjadi lebih genting disebabkan pengeluaran pelbagai jenis dadah termasuk dadah tiruan yang semakin bertambah. Keadaan ini menyebabkan murid kita sentiasa terdedah dan berada dalam keadaan berisiko untuk turut terlibat. menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan Malaysia mengambil tanggungjawab untuk melaksanakan Program Pendidikan Pencegahan Dadah Di Sekolah secara sistematik dan berkesan.


OBJEKTIF

  1. Meningkatkan pengetahuan, kefahaman dan kemahiran Pendidikan Pencegahan Dadah kepada murid, guru dan kakitangan sekolah supaya dapat mengelakkan diri daripada terjebak dengan dadah.
  2. Membina ketahanan dan jati diri yang tinggi di kalangan murid dari segi fizikal, emosi, mental dan rohani.
  3. Membolehkan murid membentuk budaya dan tingkah laku positif dan mengamalkan nilai-nilai murni.
  4. Melibatkan dan mewujudkan pemuafakatan masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah dalam usaha mencegah dadah.


PRINSIP PPDa DI SEKOLAH

  1. Semua sekolah rendah dan menengah hendaklah melaksanakan program PPDa.
  2. PPDa adalah untuk semua murid , guru, kakitangan sekolah dan ibu bapa.
  3. Pengetahuan, kemahiran, nilai, pengalaman, sikap dan kelakuan yang disampaikan kepada murid hendaklah selari dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.
  4. Pendekatan yang digunakan hendaklah berupaya meningkatkan ketahanan dan jati diri murid.
  5. PPDa adalah tanggungjawab semua warga sekolah.
  6. PPDa hendaklah menjurus kearah "Sekolah Bebas Dadah".


STRATEGI PPDa DI SEKOLAH

Hasil mesyuarat antara Menteri Pendidikan dan Timbalan Menteri Dalam Negeri pada 2 Januari 1998, beberapa persetujuan mengenai PPDa di sekolah telah tercapai. Strategi utama PPDa yang dimaksudkan ialah melalui Kurikulum dan Kokurikulum.

Lanjutan daripada itu, beberapa proses pemantauan dijalankan, hasilnya, dua lagi strategi digerakkan sebagai pelengkap kepada strategi yang sedia ada iaitu melalui Pengurusan dan Kepimpinan serta Pembangunan Sahsiah.

Catatan popular daripada blog ini

Dadah – Jenis-Jenis & Kesannya

Apa Itu VAPE ?

Rumusan