Isnin, Ogos 17, 2015

Rumusan

Blog ePortal PPDa SMKCK ini memberi maklumat mengenai aktiviti PPDa yang dijalankan di Sekolah Menengah Kebanggsaan Convent Klang dan sekolah di daerah klang.

Blog ini juga memberi maklumat mengenai bahayanya Dadah.Alkohol.Rokok.Vape.Inhalan.HIV dan AIDS. (D.A.R.V.I.H).


Blog juga diharap dapat membantu para remaja agar mengelakkan diri daripada terjebak dengan najis dadah yang boleh merosakkan anak bangsa di negara ini.

Akhir kata, warga SMKCK berharap anak muda pada masa kini dapat menjauhkan diri daripada najis dadah.

Carta Kerja

Februari - April
Mengambil gambar untuk blog.
Menyiapkan post untuk blog.

Jun
Merakam adegan untuk video.


Jun - Julai
Menyiapkan video dan e-brochure.


Rawatan


 Rawatan alternatif penagihan dadah


- Ibogaine






                  



Ibogaine adalah satu rawatan alternatif yang diakui sebagai rawatan yang boleh mengurangkan gejala penolakan dadah dan mungkin mempunyai keupayaan untuk mengganggu laluan lazim tingkahlaku penagihan yang berlaku di dalam otak. Dos besar ibogaine telah dibuktikan mampu untuk menghilangkan  keinginan sementara terhadap sesuatu bahan atau dadah.

Sabtu, Ogos 15, 2015

Aktiviti PPDa 2015 : Lawatan Hari Informasi Pendidikan & Kerjaya dan Karnival PPDa di Sekolah Menengah Raja Mahadi






Pengawas PPDa menangkap gambar di dewan Sekolah Menengah Raja Mahadi.








Pengawas PPDa menangkap gambar dengan pameran untuk Karnival PPDa.






Para pelajar melihat info - info yang terdapat di Lorong PPDa.








Para pelajar melawat gerai sempena Hari Informasi Pendidikan dan Kerjaya.

Selasa, Ogos 11, 2015

Apa itu HIV dan Aids ?

HIV atau Human Immunodeficiency Virus adalah virus yang memusnahkan sistem ketahanan badan seseorang dan menyebabkan AIDS. Ini boleh mengakibatkan pesakit mudah mendapat jangkitan kuman dan kanser.

 AIDS adalah singkatan bagi 'Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit' dan adalah peringkat terakhir jangkitan HIV. Pada tahun 2003, terdapat 40 juta orang menghidap penyakit HIV/AIDS di seluruh dunia, di mana 5 juta orang baru dijangkiti manakala 3 juta maut.


  Bagaimanakah HIV merebak? HIV mudah dijangkiti melalui cecair badan seperti:

 * Darah
 * Air mani 
* Cecair faraj
 * Susu ibu 

HIV boleh merebak melalui: 

* Hubungan seks bebas bersama individu yang telah dijangkiti (termasuk hubungan melalui faraj, dubur atau mulut)
* Penagih berkongsi jarum dan alat suntikan
 * Pemindahan darah dan organ yang tercemar dengan virus HIV
 * Ibu yang telah dijangkiti boleh merebakkan HIV kepada bayinya ketika dalam rahim, melahirkan atau sewaktu menyusu. 


Bagaimanakah HIV tidak boleh merebak? 

Virus HIV adalah virus yang lemah, tidak bertahan diluar badan manusia. 
HIV tidak boleh dijangkiti melalui: 
* Sentuhan seperti duduk bersebelahan, berjabat tangan, memeluk atau bekerja dengan pesakit AIDS
 * Berkongsi kemudahan awam seperti telefon awam, kolam renang, tandas dan pengangkutan awam 
* Berkongsi perkakas atau makanan dengan seorang pesakit AIDS 
* Bersin, batuk, berpeluh atau kencing 
* Gigitan nyamuk


 Tanda dan Gejala Apakah tanda-tanda jangkitan HIV?

 Sebilangan pesakit mengalami gejala-gejala berikut dalam masa 2-6 minggu selepas dijangkiti kuman HIV: 
* demam 
* sakit tekak dan batuk 
* sakit otot 
* sakit kepala 
* cirit-birit 
* bengkak kelenjar limfa 
* letih 
* ruam 
* sakit sendi 
* turun berat badan 

Pada peringkat awal, selalunya pesakit kelihatan sihat tetapi dirinya HIV positif. Walaupun pesakit tidak mempunyai tanda-tanda AIDS, tetapi ia boleh merebak dan menjangkiti orang lain. 



Apakah gejala-gejala jangkitan HIV?

 Pesakit HIV mudah untuk mendapat jangkitan kuman disebabkan sistem ketahanan badan lemah. Sekiranya tidak mendapatkan rawatan, gejala AIDS akan muncul dalam 8-10 tahun Gejala-gejala tersebut adalah seperti berikut:
 * penyakit kulit dan jangkitan sistem pernafasan 
* cirit-birit yang kronik, jangkitan bakteria yang teruk dan batuk kering 
* jangkitan kuman pada otak (contohnya toxoplamosis) 
* jangkitan kulat (contohnya candidiasis pada saluran makanan atau sistem pernafasan) 
* kanser (contohnya Kaposi's sarcoma) 

Dalam masa 2 tahun, pesakit AIDS boleh dijangkiti jangkitan kuman yang teruk, susut berat badan dan lemah.



 Bagaimanakah untuk mengetahui sama ada dijangkiti HIV?

 Ujian Antibodi HIV terdapat di mana-mana klinik atau hospital. Ujian segera ( keputusan selama 10 minit) juga boleh didapati. Maklumat individu akan dirahsiakan. Ibu mengandung yang mendapatkan pemeriksaan di klinik ibu mengandung akan menjalani ujian antibodi HIV. Kaunseling sebelum dan selepas menjalani ujian akan diberikan. 



Rawatan Adakah ubat untuk menyembuhkan HIV/AIDS?

 Tidak, masih tiada lagi ubat untuk merawati HIV/AIDS. Walaubagaimanapun, penggunaan ubat anti-virus HIV dapat melambatkan proses penyakit ini. Siapakah perlu dirawat dan dimanakah untuk mendapatkan rawatan? 

Kebanyakkan pesakit tidak memerlukan rawatan di peringkat awal penyakit. Rawatan diberikan kepada pesakit-pesakit berikut: 

* menunjukkan tanda-tanda AIDS 
* bacaan CD4 kurang daripada 200 sel/ml 
* bacaan virus lebih dari pada 30 000 copies/ml 
* pesakit yang mengikuti rawatan sepenuhnya Kerajaan menyediakan kombinasi 3 ubat anti-virus dikenali sebagai Highly Active Anti-Retroviral Therapy (HAART) secara percuma untuk pesakit-pesakit berikut: 
* kanak-kanak berumur kurang 12 tahun 
* dijangkiti HIV melalui pemindahan darah dan pemindahan organ 
* dijangkiti melalui pekerjaan * wanita yang disahkan positif untuk HIV melalui program pencegahan HIV ibu kepada anak 
* pegawai kerajaan Untuk pesakit-pesakit lain, kerajaan menyediakan 2 jenis ubat anti-virus secara percuma. Pesakit hanya perlu membeli 1 jenis ubat sahaja. Ubat anti-virus boleh didapati di hospital kerajaan dan klinik kesihatan terpilih. 


Rawatan HIV/AIDS juga termasuk:

 * pencegahan dan rawatan untuk jangkitan oportunis (opportunistic infection) 
* nasihat mengenai pemakanan berkhasiat 
* rawatan penyakit kelamin 
* kaunseling ( perubatan dan psikologi) Pencegahan Pencegahan dikalangan individu berisiko tinggi dan orang awam adalah penting disebabkan tiada ubat untuk menyembuhkan penyakit AIDS dan begitu juga vaksin untuk mencegah HIV. 
*Pencegahan daripada merebak melalui hubungan seks adalah: 
 *jauhi diri,jika boleh, daripada mengadakan hubungan seks 
 *setia kepada pasangan anda 
*amalkan hubungan seks selamat termasuk menggunakan kondom 
* gunakan jarum dan alat suntikan pakai buang 
* jangkitan melalui ibu kepada anak dapat dikurangkan dengan mengambil anti-virus sewaktu mengandung dan bersalin, elakkan pembedahan dan penyusuan 
* anggota-anggota pegawai kesihatan hendaklah sentiasa mematuhi peraturan supaya dapat mengelakkan kecederaan disebabkan jarum dan alatan tajam. 
* individu berisiko tinggi hendaklah mendapatkan ujian HIV 
* pastikan mengunakan alat-alat yang steril untuk menindik telinga dan membuat tatu. 

Apakah Inhalan dan Kesannya

Inhalan adalah bahan kimia yang mengandungi bahan psikoaktif yang dihasilkan daripada pelarut organik dan bahan meruap yang boleh dijumpai dalam lebih 1000 produk rumah seperti :-


  • Aerosol
  • Pelekat 
  • Deodoran 
  • Penyembur Rambut
  • Minyan wangi
  • Penyegar Udara 
  • Gasolin 

Inhalan boleh dihidu secara terus daripada bekas terbuka atau menggunakan kain yang direndam me dalam bahan kimia tersebut Dan meletakkannya berhampiran muka. Selain itu, bekas terbuka atau kain lembab itu boleh diletakkan dalam beg plastik dan dihidu.


Kesannya

  • Menyebabkan kematian otak. Disebabkan sel otak yang baru tidak lagi  terbentuk selepas kelahiran, Ini bererti penagih Inhalan yang tegar akan berhadapan risiko kecacatan akal.

10 Health Benefits of Stopping Smoking

There are many reasons as to why smokers should stop the bad habit of smoking. 

Improved fertility

Non-smokers find it easier to get pregnant. Quitting smoking improves the lining of the womb and can make men’s sperm more potent. Becoming a non-smoker increases the possibility of conceiving through IVF and reduces the likelihood of having a miscarriage. Most importantly, it improves the chances of giving birth to a healthy baby.

Younger looking skin

Stopping smoking has been found to slow facial ageing and delay the appearance of wrinkles. The skin of a non-smoker gets more nutrients, including oxygen, and can reverse the sallow, lined complexion that smokers often have.
Watch this video to find out how smoking can ruin your looks.


Whiter teeth

Giving up tobacco stops teeth becoming stained, and you'll have fresher breath. Ex-smokers are less likely than smokers to get gum disease and lose their teeth prematurely.

Better breathing

People breathe more easily and cough less when they give up smoking because their lung capacity improves by up to 10% within nine months. In your 20s and 30s, the effect of smoking on your lung capacity may not be noticeable until you go for a run, but lung capacity naturally diminishes with age. In later years, having maximum lung capacity can mean the difference between having an active, healthy old age and wheezing when going for a walk or climbing the stairs.

Longer life

Half of all long-term smokers die early from smoking-related diseases, including heart diseaselung cancer and chronic bronchitis. Men who quit smoking by 30 add 10 years to their life. People who kick the habit at 60 add three years to their life. In other words, it’s never too late to benefit from stopping. Quitting not only adds years to your life, but it also greatly improves the chance of a disease-free, mobile, happier old age.

Less stress

Scientific studies show that people's stress levels are lower after they stop smoking. Nicotine addiction makes smokers stressed from the ‘withdrawal’ between cigarettes. The pleasant feeling of satisfying that craving is only temporary and is not a real cure for stress. Also, the improved levels of oxygen in the body means that ex-smokers can concentrate better and have increased mental wellbeing.

Improved smell and taste

Kicking the smoking habit gives your senses of smell and taste a boost. The body is recovering from being dulled by the hundreds of toxic chemicals found in cigarettes.

More energy

Within 2 to 12 weeks of stopping smoking, your circulation improves. This makes all physical activity, including walking and running, much easier.
Quitting also boosts your immune system, making it easier to fight off colds and flu. The increase in oxygen in the body makes ex-smokers less tired and less likely to have headaches.

Healthier loved ones

By stopping smoking you'll be protecting the health of your non-smoking friends and family.
Passive smoking increases a non-smoker's risk of lung cancer, heart disease and stroke. Second-hand smoke makes children twice at risk of chest illnesses, including pneumoniacroup (swollen airways in the lungs) and bronchitis, plus more ear infections, wheezing and asthma. They also have three times the risk of getting lung cancer in later life compared with children who live with non-smokers.

Kesan Alkohol

Alkohol sering digunakan dalam bidang perubatan sejak dahulu lagi. Alkohol digunakan untuk membersihkan luka.Ia juga digunakan pada masa sekarang akan tetapi penggunaannya lebih kepada gejala yang tidak sihat.

Alkohol sering didapati di kelab malam kerana alkohol diminum demi kepuasan diri atau ketagihan orang yang sering meminumnya yang lebih dikenali sebagai pemabuk. Alkohol mendatangkan kesan buruk kerana orang yang meminumnya akan hilang kewarasan dari segi akalnya untuk berfikir.

Kesan alkohol kepada para remaja adalah keruntuhan akhlak kerana alkohol akan menyebabkan para remaja mudah terjerumus kepada zina. Hal ini kerana mereka tidak sedar akan perbuatan mereka. Akibatnya perbuatan mereka ini akan merosakkan nama baik keluarga serta negara.

Kepada para ibu bapa ia akan menyebabkan mereka alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak - anak mereka kerana mereka ketagih untuk mendapatkan alkohol yang menyebabkan mereka lebih membelanjakan wang untuk membeli alkohol daripada membeli keperluan anak - anak mereka.

Kepada negara ia akan menyebabkan negara kita mundur dengan masyarakat yang khayal dalam dunia mereka sendiri tanpa berusaha untuk menaikkan nama negara tetapi merosakkan nama negara di khalayak dunia.

Definisi Alkohol

Minuman keras atau dikenali sebagai arak atau alkohol disebut sebagai khamar dalam Bahasa Arab ialah suatu bahan yang apabila diminum oleh seseorang boleh menyebabkan ianya mabuk atau lebih tepat lagi sesuatu bahan yang dapat menghilangkan kewarasan akal fikiran dari tabiat yang sebenarnya.
Seseorang yang meminum arak, biasanya menjadi mabuk, hilang kebenaran fikirannya, lupa diri, lupa pada Tuhan, percakapannya tidak menentu dan membuka rahsia diri dan rahsia orang lain tanpa disedari.

Definisi Dadah

Dadah ialah bahan yang digunakan untuk merawat penyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proses kimia di dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah/drug. Misalnya, makanan yang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).

Oleh sebab perkataan 'drug' dipinjam daripada bahasa Inggeris, perkataan ini membawa banyak maksud. Perkataan 'drug' lebih banyak digunakan dalam bidang farmasi dan perubatan (iaitu ubat), manakala perkataan 'dadah' membawa imej yang lebih negatif iaitu ketagihan.


Dadah boleh dibahagi kepada beberapa jenis:
  • Bahan farmaseutik atau lebih dikenali sebagai ubat.
  • Dadah analgesik
    • Aspirin
    • Asetaminofen
    • Ibuprofen
    • Opioid
      • Morfina
      • Heroin
      • Kodeina
  • Dadah rekreasi
    • Alkohol
    • Nikotin
    • Kafeina
    • Halusinogen
    • Kanabis
    • MDMA
    • GHB
    • Kokaina
    • Inhalan
  • Dadah penggalak prestasi
    • Amfetamina
    • Efedrina
    • Kokaina
    • Steroid Anabolik

Aktiviti PPDa 2015 : Lawatan PPDa dan Kerjaya Ke Sekolah Menengah Kebangsaan Telok Gadong




Terdapat bunting " SMKTG  CEMERLANG  TANPA  DARIH "  yang digantung di blok sekolah.



                                                     

Buku log dan pelbagai maklumat diletak di meja di tepi pintu masuk Bilik Sumber PPDa.





Terdapat " Payung Hikmah Dadah "  dan peta dunia.





Pengawas PPDa melihat sudut maklumat yang disediakan.




Terdapat pameran penjara yang menyatakan hukuman terhadap pesalah.





Terdapat pameran tali gantung yang merupakan salah satu hukuman kepada pesalah.





Terdapat pameran rokok dan kubur yang menyatakan kesan kepada penghisap dadah.








Terdapat stesen Radio Informasi yang memberi informasi mengenai bahayanya dadah.




Terdapat empat pengawas PPDa yang bertugas.





Pengawas PPDa  menangkap gambar dengan Pengawas PPDa yang bertugas di Stesen Radio Informasi.





Pengawas PPDa bermain dengan permainan yang disediakan di Stesen Permainan.




Pengawas PPDa disoal dengan soalan oleh pengawas PPDa yang bertugas di stesen tersebut.



Pengawas PPDa bermain puzzle yang disediakan di Stesen Permainan tersebut.






Pengawas PPDa mendengar maklumat yang disampaikan di gerai bagi Program Kerjaya.




Pengawas PPDa bergambar dengan petugas dari universiti yang terlibat.

Aktiviti PPDa 2015 : Karnival PPDa

Karnival PPDa SMKCK  Rabu ( 25/2/2015 )


Para guru dan pelajar yang hadir pergi ke meja pendaftaran untuk mendaftarkan diri.





Para pelajar mendaftarkan nama mereka di borang pendaftaran.






Para pelajar yang hadir bersama guru mereka.





Wakil - wakil dari universiti sedang menyiapkan gerai mereka.






Para pelajar dan guru menangkap gambar di ruangan piala.






Para pelajar melawat  Laluan PPDa dengan guru mereka.





Para pelajar dan guru mendengar taklimat mengenai Laluan PPDa dari Pengawas PPDa.





Para pelajar menangkap gambar di Laluan PPDa.





Para pelajar berbincang mengenai info di Laluan PPDa.






Para pelajar mencatat info yang terdapat di Laluan PPDa.





Para pelajar dan guru di Laluan PPDa.









Para pelajar dan guru melihat poster dan mural di Lorong PPDa.





Para pelajar melihat mural di Lorong Negatif.


















Para pelajar melihat pameran yang disediakan.





Para pelajar bermain dengan permainan yang disediakan di Stesen Permainan.







Para pelajar melihat bunting yang dipamerkan.





Para pelajar melawat gerai dan melihat bunting yang terdapat di Dataran OMS.






Para guru diberi makanan untuk mengisi perut mereka.







Para guru dan pelajar khusyuk mendengar ceramah yang diberikan di dewan.




Para pelajar mendengar ceramah yang diberikan di Dataran OMS.





Puan Zubaidah memberikan sedikit cenderamata kepada penceramah.




Puan Goury memberikan sedikit cenderamata kepada wakil gerai yang menjual minuman dan makanan.












Aktiviti PPDa 2015 : Minggu PPDa


Minggu PPDa   23 - 27 /2/2015



Mesej 5 Minit Anti Dadah



Para Pengawas PPDa yang bertugas membaca Mesej 5 Minit Anti Dadah kepada para pelajar.






Pertandingan Melukis Poster



Para pelajar yang menyertai pertandingan poster melukis poster mereka di bilik seni sambil diawasi guru yang bertugas.




Pertandingan Bunting


Pengawas PPDa yang bertugas meletakkan kain bunting di kawasan pertandingan.



Guru seni memberi nasihat kepada para pelajar mengenai lukisan bunting.








Para pelajar melukis bunting.




Para guru berbincang untuk memilih pemenang.







Antara bunting pelajar yang telah siap.





Para guru dan pelajar menangkap gambar bersama bunting mereka.