Kesan Alkohol

Alkohol sering digunakan dalam bidang perubatan sejak dahulu lagi. Alkohol digunakan untuk membersihkan luka.Ia juga digunakan pada masa sekarang akan tetapi penggunaannya lebih kepada gejala yang tidak sihat.

Alkohol sering didapati di kelab malam kerana alkohol diminum demi kepuasan diri atau ketagihan orang yang sering meminumnya yang lebih dikenali sebagai pemabuk. Alkohol mendatangkan kesan buruk kerana orang yang meminumnya akan hilang kewarasan dari segi akalnya untuk berfikir.

Kesan alkohol kepada para remaja adalah keruntuhan akhlak kerana alkohol akan menyebabkan para remaja mudah terjerumus kepada zina. Hal ini kerana mereka tidak sedar akan perbuatan mereka. Akibatnya perbuatan mereka ini akan merosakkan nama baik keluarga serta negara.

Kepada para ibu bapa ia akan menyebabkan mereka alpa akan tanggungjawab mereka terhadap anak - anak mereka kerana mereka ketagih untuk mendapatkan alkohol yang menyebabkan mereka lebih membelanjakan wang untuk membeli alkohol daripada membeli keperluan anak - anak mereka.

Kepada negara ia akan menyebabkan negara kita mundur dengan masyarakat yang khayal dalam dunia mereka sendiri tanpa berusaha untuk menaikkan nama negara tetapi merosakkan nama negara di khalayak dunia.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Dadah – Jenis-Jenis & Kesannya

Apa Itu VAPE ?

Rumusan