Rabu, Ogos 24, 2016

Keburukan Vape Terhadap Kesihatan

Kandungan dan Kesan Nikotin Terhadap Kesihatan 

  1. Nikotin
    Nikotin merupakan hasil tembakau yang menyebabkan ketagihan, iaitu sejenis gangguan otak kronik. Penggunaan berpanjangan menghasilkan kebergantungan fisiologi serta dorongan yang kuat untuk menggunakan tembakau. Ketagihan ini berkait rapat dengan kadar kepantasan nikotin diserap dan sampai ke otak (Prochaska, 2015). Pendedahan otak kepada nikotin semasa remaja amat berbahaya kerana zaman remaja adalah peringkat kritikal perkembangan otak lalu menjadi pembuka laluan kepada penyalahgunaan dadah (Yuan et al, 2015). Selain daripada itu nikotin boleh menggalakkan pembekuan darah (Schaller et al, 2013) dan boleh menyerap masuk ke plasenta ibu mengandung di mana ia akan mengganggu proses perkembangan bayi di dalam kandungan (Maritz, 2009). Melalui beberapa analisis sampel cecair rokok elektronik secara rawak oleh Makmal Toksikologi, Pusat Racun Negara, terdapat kandungan cecair rokok elektronik yang mengandungi nikotin sehingga 4mg dalam 1ml cecair. Ini bermakna setiap botol 3 yang mengandungi 25ml cecair rokok elektronik akan mengandungi sehingga 100 mg nikotin. Nikotin serendah 2mg sudah boleh menyebabkan gangguan pada perut dan usus. Dos yang lebih tinggi boleh menyebabkan kesan yang lebih teruk, antaranya, sawan dan kegagalan pernafasan. Nikotin pada paras sekurang-kurangnya 40 mg boleh menyebabkan kematian
  1. Propylene Glycol
    Propilena glikol (PG) boleh menyebabkan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang. Menurut kajian yang dijalankan, kesan jangka pendek meliputi iritasi kepada mata, tekak dan saluran pernafasan (Wieslander et al 2001, Vardavas et al 2012) manakala kesan jangka panjang boleh menyebabkan penyakit asma (Choi et al 2010). Kajian ini menyokong bahawa menyedut PG boleh menyebabkan iritasi kepada sistem pernafasan seseorang. PG apabila dipanaskan akan menghasilkan bahan yang membebaskan formaldehid (formaldehyde). Formaldehid ialah sejenis bahan yang boleh menyebabkan kanser. Kajian menunjukkan jumlah penghasilan formaldehid bergantung kepada tahap kepanasan yang digunakan ketika mengewap PG. (Jensen et al , 2015)
  1. Glycerin
    Gliserin merupakan satu bahan yang selamat di mana ia digunakan di dalam sabun, krim muka dan banyak lagi. Namun begitu menyedut gliserin ke dalam saluran pernafasan boleh memberikan kesan jangka panjang kepada kesihatan. Kebanyakan gliserin yang digunakan adalah produk dari sayur-sayuran (Vegetable Glycerin). Menurut MSDS, Vegetable Glycerin (VG) boleh menyebabkan kesan yang sedikit jika terkena lapisan kulit dan mata. Penggunaan VG yang lama (berulang dan berpanjangan) boleh mengakibatkan kerosakan kepada organ dalaman.
  1. Glycerin
    Berjenis-jenis bahan perisa digunakan di pasaran. Kebanyakan pengguna beranggapan perisa yang digunakan adalah tidak memudaratkan. Kajian in-vitro 4 yang dijalankan oleh Bahl et al, 2012 mendapati cecair rokok elektronik ini mampu membunuh sel iaitu sel paru-paru , otak dan lapisan kulit. Kajian ini mengira paras yang mampu membunuh sel-sel ini yang di kenali sebagai sitotoksisiti (cytotoxicity). Cecair rokok elektronik yang mengandungi pelbagai bahan perisa telah menunjukkan paras sitotoksisiti yang tinggi.
  1. Kehadiran Logam Berat
    Kajian juga mendapati kehadiran logam berat ketika menggunakan rokok elektronik. Ini merupakan tindakbalas cecair rokok elektronik yang terendam di dalam gelungan dawai di dalam bahagian atomiser (W.E. Stephens, 2015).
  1. Partikel ultra halus
    Distribusi saiz partikel dan bilangan partikel yang dikeluarkan oleh rokok elektronik adalah serupa dengan rokok konvensional di mana kebanyakan partikel bersaiz antara 20 – 300 nanometer (Otmar G et al, 2015). Penyebaran partikel bergantung kepada paras nikotin di dalam cecair rokok elektronik. Seperti mana rokok konvensional, partikel daripada rokok elektronik adalah cukup halus untuk menembusi ke dalam paru-paru dan seterusnya memasuki peredaran darah (Zhang et al, 2013).
  1. "Gate way" memulakan tabiat merokok
    Kajian telah menunjukkan rokok elektronik dan vape merupakan satu "Gateway" untuk golongan kanak-kanak memulakan tabiat merokok.(Brian A et al 2015).
  1. Rokok elektronik sebagai pengganti rokok bertujuan berhenti merokok
    Kajian bandingan di antara penggunaan rokok elektronik, NRT dan placebo menunjukkan tiada perbezaan signifikan di dalam kejayaan untuk berhenti merokok (Bullen C, et al 2013). Tambahan pula, mereka yang menggunakan rokok elektronik menunjukkan kesukaran mereka untuk menghentikan tabiat merokok akibat kebergantungan kepada nikotin (W.K. Delmy et al, 2015). Laporan oleh Public Health England (PHE) yang menyatakan rokok elektronik adalah 95% lebih selamat berbanding rokok tembakau telah dikritik hebat kerana ianya 5 berdasarkan beberapa kajian dan mempunyai pelbagai kelemahan serta penglibatan penajaan oleh syarikat tembakau (Mc Kee, 2015). Tambahan pula, majoriti pengguna rokok elektronik yang masih merokok (dual users) dikhuatiri tidak akan mengurangkan risiko kematian. Risiko jangka panjang rokok elektronik masih tidak diketahui dan langkah pengawalan serta pemantauan adalah perlu apabila ianya tidak diharamkan (banned).

Keburukan Vape

Keburukan Vape atau Rokok Elektronik :-
1- Pelaburan awal yang seseorang perlu untuk membuat satu kit rokok elektronik ini cukup tinggi.
2- Rokok Elektronik masih tidak diluluskan oleh FDA ( Pentadbiran makanan dan dadah)
3- Rokok Elektronik adalah diharamkan di banyak negara. Beberapa negara tersebut adalah Thailand, Singapura, Finland dan Jordan.



Aktiviti 2016 : Lawatan Penanda Aras di Sekolah Kota Kemuning


Lawatan Penanda Aras di Sekolah Kota Kemuning



Para guru dari SMK Convent Klang telah menghadiri lawatan penanda aras di Sekolah Kota Kemuning.




Kawasan Sekolah Kota Kemuning telah digantung dengan sepanduk yang mempamerkan tentang kata-kata nasihat mengenai D.A.R.V.I.H.







Terdapat nasihat mengenai D.A.R.V.I.H. yang diletakkan di dinding sekolah.







Terdapat nasihat mengenai D.A.R.V.I.H. yang diletakkan di tangga sekolah.








Terdapat nasihat mengenai D.A.R.V.I.H. yang diletakkan di 
kawasan sekolah.






Terdapat maklumat tentang bahayanya rokok yang diletakkan di 
kawasan sekolah.

Aktiviti 2016 : Lawatan Penanda Aras di SMK Perempuan Kapar

Lawatan Penanda Aras di SMK Perempuan Kapar







Guru mendengar cadangan bagi memperbaiki laluan PPDa sekolah.







 Guru menangkap gambar bersama guru daripada SMK Perempuan Kapar.













Sudut informasi PPDa yang dipamerkan di bilik PPDa.






Maklumat mengenai ahli jawatankuasa yang dipamerkan di bilik PPDa.




Buku skrap SLAD yang dipamerkan di Bilik PPDa.






Pameran yang dipamerkan di bilik PPDa.



















Guru-guru  dari SMK Convent Klang 
menandatangani banner PPDa di SMK Perempuan Kapar.

Sabtu, Ogos 06, 2016

Aktiviti 2016 : Para Pentadbir dan Guru Sekolah menunjukkan Visi dan Misi PPDa




Para Pentadbir dan Guru Sekolah menunjukkan

Visi dan Misi PPDa





























Aktiviti 2016 : Kem PPDa 2016


Kem PPDa 2016






Ketua bagi setiap kumpulan menunjukkan kertas yang mengandungi perkataan dan tanda isyarat mengenai larangan vape, merokok.




Guru-guru SMK Convent Klang menunjukkan kertas yang mengatakan bahawa SMK Convent Klang (SMKCK) bebas D.A.R.V.I.H.





Murid-murid menunjukkan menunjukkan kertas yang mengatakan bahawa SMK Convent Klang (SMKCK) bebas D.A.R.V.I.H.